Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 di kawasan kereta api Tanah Melayu (English Primary School) dengan bilangan pelajar seramai 20 orang yang terdiri daripada berbilang kaum. Jepun telah menubuhkan sekolah beratap nipah terdiri daripada tujuh buah kelas 2 orang guru dan seorang pengetua iaitu A.M.Francis.Jumlah pelajar bertambah kepada 40 orang pelajar dan 3 orang guru.Kegiatan kokurikulum cuma dalam bidang sukan.Pada tahun 1952,sekolah ini telah dipindahkan ke Jalan Tok Sulong dengan kelengkapan 12 bilik darjah dan sebuah makmal yang tidak lengkap.Kelas ketika itu ialah dari darjah 7 tenaga pengajar seramai 30 orang pada tahun 1953. Pada tahun 1960 barulah Sekolah MenengahKebangsaan Tuanku Abdul Rahman didirikan.Sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan,2 tingkat yang mengandungi 25 buah bilik darjah,makmal dan pejabat.Pengetuanya ialah V.Krishna.
No comments:
Post a Comment